Sejarah Bermulanya Business JJ & Family - Part 1
Kali ni Fazz nak ceriter sikit sejarah bermulanyer business JJ & Family. Boleh ler nanti warisan kami, anak-anak cucu cicit JJ nanti tahu sejarah business JJ & Family ni. Since Fazz salah seorang anak JJ, so Fazz registerkan nama business Fazz ni sebagai JJ & Fazz Heritage 😊
Jaffar & Jamaliah, kami slalu panggil mak abah JJ, sebab bile masing-masing dah berkahwin, dan ade mak ayah mertua, so adik beradik lagi senang panggil mak abah JJ.
Sejarah mak abah JJ start berniaga ni sebenarnyer daripada kami dok Ipoh lagi. Tambah-tambah lagi Mak Milah, memang semangat berniaga sampai ke hari ni xpernah surut.
Tahun 1994, beberapa bulan selepas kami berpindah ke Taman Sri Gombak, awal pagi selepas waktu Subuh, dengan berbekalkan semangat berniaga, Mak Milah merealisasikan impiannyer dengan buka satu meja kecik, nasi lemak satu periuk kecik, kuih bingka satu talam, tepi jalan utama Fasa 7 (Jalan Lintang - gambor bawah Star 1), berdepan kedai-kedai (salah satunyer kedai runcit Jimat). Haaaa sape-sape yang memang asal dok situ, mesti tahu punyer kedai Jimat tu kan.
Mase tu Fazz masih darjah 5, sekolah petang (SRK Taman Sri Gombak), so pagi-pagi kene tolong Kak CDA (anak ke 2) jaga gerai comel Mak Milah. Pengalaman pertama, terketor-ketor pegang penyepit nak amik kuih, sampai luka berdarah jari. Malu tak payah cerita, sebab yang lalu dan beli situ pon ade kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah Fazz, hahaha. Asyik nak menyorok je, tapi tak dapat nak menyorok, sebab bile pegi sekolah, cikgu cakap, kenapa kamu malu-malu nak berniaga, patut kamu rasa bangga tau. Haaaa lepas daripada tu, terus je semangat macam Mak Milah...yeayyyy
Kak CDA pulak, kene sindir dengan yang membeli tu, katenyer "Kalau berniaga satu periuk kecik ni je dik, tak payah berniaga ler dik..." hahahaha
Esoknyer....nah haiiii...Mak Milah double kan production...dan daripada sehari ke sehari, production bertambah dan kami dapat feedback yang sangat-sangat memuaskan hati, terutama pada sambal tumis Mak Milah...memang terbaikkk, ni feedback daripada customer-customer tetap Mak Milah ye 😊
Daripada tak tahu nak balut nasi lemak, sampai ade jugak customer yang tolong ajarkan cara-cara balut nasi lemak yang senang dan praktikal. Memang terbaik lah customer-customer Mak Milah. Yang Fazz paling suker sekali cara balutan nasi lemak ialah paper dan plastik empat segi yang dipulas sebelum dibalut paper, sampaikan pernah mengidam nak cari nasi lemak balutan yang sama macam tu jugak hahahaha 😆
Sampailah Mak Milah dan Kak CDA buka gerai besar sikit depan tanah lapang (sebelum jadi tapak futsal, tanah tu lapang dan kosong je), area sebelah kedai Jimat jugak (gambor atas Star 2). Tak boleh lari sungguh daripada kedai Jimat kami ni hahahaha 😅
Kat situ Mak Milah dan Kak CDA tambahkan lagi production, seingat Fazz, kami bakor satay jugak kat situ, dan ade buat air jugak, buka gerai sampai malam. So Fazz dan adik beradik lain gilir-gilir jage gerai sampai malam. Main menu tetap sama, nasi lemak dengan sambal tumis Mak Milah.
Nak lompat ceriter sikit, sebab sambal tumis Mak Milah ni, ade customer yang datang makan balik pada tahun 2006, tapi kami berniaga kat tempat lain mase tu, boleh refresh balik ingatan die dan cakap "Mak Cik ni yang berniaga nasi lemak kat Fasa 7 tu ker? Sebab saya masih ingat rasa sambal ni"
Allahu...nak menitik air mata Mak Milah dengor kata-kata customer tu.
Sambung balik ceriter berniaga kami, masa tengah-tengah berniaga kat sebelah tanah lapang tu, Kak CDA dapat offer untuk masuk IKBN tak salah, then selepas-lepas tu, berganti ler PIC yang bantu Mak Milah...iaitu Kak Cola pulak 😊
Untuk ceriter sejarah selanjutnyer, nanti kite sambung Part 2 nanti ye 😉
Comments
Post a Comment